Thursday, 30 June 2011

Julai 2011.

salam..

Alhamdulilah pejam celik pejam celik dah sampai ke bulan ke -7 bagi tahun 2011. Umurpun kian meningkat,pengalaman semakin bertambah..Alhamdulilah. Apa yang diharapkan pada bulan Julai ini ialah aku dapat menjadi seorang yang penyabar,kuat,positf,yakin,berani untuk menempuh segala dugaan dan cabaran yang mendatang. Itu semua di luar kemampuan kita untuk mengetahui apa yang bakal berlaku samaada buruk atau baik namun persediaan sebegini adalah perlu. Akan tetapi apa yang dicita-cita oleh aku masih belum tercapai sepenuhnya. Maka perkataan "teruskan" itu mesti ada dalam diri aku. Insyaallah. Semoga dipermudahkan segalanya oleh Nya amin.




Thursday, 16 June 2011

Bulan Yang Dinanti-nanti ..

Alhamdulilah..

Tak berapa lama lagi kita akan menyambut bulan yang dinanti-nantikan untuk tahun ini iaitu bulan ramadhan/puasa. Aku harap moga dipanjangkan umur untuk menjalani detik-detik yang berkat ini iaitu pada bulan ramadhan. Moga yang terbaik segalanya berbanding dengan tahun-tahun yang lepas dengan menjalani pelbagai ibadat kepada -Nya. Insyaallah.. Bulan yang berkat ini diharapkan agar kita dan saya sendiri diampunkan segala dosa,dimurahkan rezeki,tercapai segala cita-cita yang belum tercapai,diberi kebahagiaan dunia dan juga akhirat hendaknya.AMIN..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...