Wednesday, 20 April 2011

Kematangan diri...

Matang...?

Ya lumrahlah bagi lelaki bila nak matang ia akan mengambil masa yang lama berbandaing perempuan. Seorang perempuan akan matang cepat berbanding lelaki. Apapun orang cakap pasal kematangan, aku mesti belajar untuk matang kerana ramai di antara kalian mengatakan aku kurang matang(anak bongsula katakan). Tapi itu tidak menjadi isu utama. Kematangan perlu mengambil masa yang lama. Ia tidak akan terjadi dengan sekejap sahaja. Pembelajaran dan pengalaman dalam hidup itu adalah kematangan yang sebenar. maka aku perlu belajar dan terus belajar. Aku mesti menjadi seperti abang dan kakakku yang jelas mereka telah matang mengharungi hidup ini. emm..suka dengan perkataan berdiri di atas kaki sendiri(berdikari). Aku mesti belajar dari perkataan itu dulu. Abang aku pernah cakap..dalam hidup jangan cepat putus asa,kuatkan semangat,belajar untuk jadi seorang yang dewasa...ya itulah yang akan pertahankan sekarang untuk jadi benar2 seorang dewasa..emm ni saja yang aku boleh coretkan buat masa ini. Banyak lagi yang perlu dikongsikan, namun masa tak mengizinkannya.
Akhirnya Aku harap akan jadi lelaki yang kuat,matang 100%, boleh buat keputusan dengan tepat dalam hidup, dapat membimbing masyarakat ke jalan yang benar dan sentiasa berfikir ke arah yang terbaik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...