Sunday, 18 September 2011

Cabaran Bermula...

Hidup ini tidak pernah henti dengan cabaran..
nasihat aku untuk aku sendiri dan semua,
berani menghadapi cabaran hidup,
yakin menghadapi cabaran hidup,
tawakal menghadapi cabaran hidup..ingat pada Nya...
insyaallah semua akan jadi yang terbaik !!!
amin.

Tuesday, 2 August 2011

Ramadhan Oh Ramadhan..

Ramadhan Bermula..

Alhamdulilah...

Hari ni pada 1 Ogos 2011 bersamaan dgn tahun 1432H bermulanya ramadan yang dinanti. Apa yang diharapkan pada bukan yang berkat dan mulia ini kita dapat melipat gandakan pahala berbanding dgn tahun sebelumnya. Namun cabaran tetap ada bila pertama kali jauh dari keluarga di kampung. Terasa rindu pada suasana puasa di sana..apa2pun ramadan harus diteruskan. Akhirnya semoga kita mendapat hidayah untuk terus beribadat kpd Allah Swt..amin.


Thursday, 21 July 2011

Jumaat . . .

Jumaat menjelma lagi..hari yang begitu berkat, penghulu segala hari dalam seminggu..
Sebelum solat jumaat ni sempat lagi membuat coretan. Apa-apapun hari jumaat sememangnya hari-hari yang dinanti untuk berdoa,memohon kepada Nya agar dipermudahkan segala urusan duniawi selagi nyawa dikandung badan. Alhamdulilah.

Thursday, 30 June 2011

Julai 2011.

salam..

Alhamdulilah pejam celik pejam celik dah sampai ke bulan ke -7 bagi tahun 2011. Umurpun kian meningkat,pengalaman semakin bertambah..Alhamdulilah. Apa yang diharapkan pada bulan Julai ini ialah aku dapat menjadi seorang yang penyabar,kuat,positf,yakin,berani untuk menempuh segala dugaan dan cabaran yang mendatang. Itu semua di luar kemampuan kita untuk mengetahui apa yang bakal berlaku samaada buruk atau baik namun persediaan sebegini adalah perlu. Akan tetapi apa yang dicita-cita oleh aku masih belum tercapai sepenuhnya. Maka perkataan "teruskan" itu mesti ada dalam diri aku. Insyaallah. Semoga dipermudahkan segalanya oleh Nya amin.




Thursday, 16 June 2011

Bulan Yang Dinanti-nanti ..

Alhamdulilah..

Tak berapa lama lagi kita akan menyambut bulan yang dinanti-nantikan untuk tahun ini iaitu bulan ramadhan/puasa. Aku harap moga dipanjangkan umur untuk menjalani detik-detik yang berkat ini iaitu pada bulan ramadhan. Moga yang terbaik segalanya berbanding dengan tahun-tahun yang lepas dengan menjalani pelbagai ibadat kepada -Nya. Insyaallah.. Bulan yang berkat ini diharapkan agar kita dan saya sendiri diampunkan segala dosa,dimurahkan rezeki,tercapai segala cita-cita yang belum tercapai,diberi kebahagiaan dunia dan juga akhirat hendaknya.AMIN..


Tuesday, 3 May 2011

Amalan Dalam Hidup..

Dalam kehidupan aku sehari-hari selau aku tengok orang kita/melayu/islam meninggalkan solat terutamnya solat 5 waktu. Bermula dari Universiti sehingga sekarang ada saja situasi sebegini tengok orang susah beno nak solat walaupun banyak masa tersedia. Adakah mereka tidak takot untuk mati?tak takut Allah? wallallahhualam lah..Mungkin ajaran ibubapa mereka dari kecil sebegitu atau sebaliknya aku tidak tahu. aku tidak mengatakan aku tidak pernah tinggal solat..aku menagaku pernah tinggal solat. Tapi bila meninggalkan solat apa lagikan qadak ajalaa..Kita bukan manusia yg sempurna namun apa yang diwajibkan oleh Allah kepada kita wajib kita laksanakan. Itu tidak lagi sentuh pasal mengaji AL-quran,solat sunat dan bermacam-macam lagi solat lain dan sebagainya..

Maka ibadat yang asas nilah wajib kita kerjakan sebaik-baiknya..Solat 5 waktu tiang agama. Buatlah selagi bernyawa..dan ada kudrat..

Wednesday, 27 April 2011

SUDUT AGAMA : Buat Baik di balas Baik, Buat Jahat dibalas Jahat..

Sebagai manusia kita diciptakan oleh Allah S.W.T. dengan dua tujuan iaitu menjadi hamba dan khalifah-Nya di atas muka bumi ini. Berdasarkan dua tujuan ini kita dituntut untuk melaksanakan Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar serta mentadbir alam ini dengan Syariat Islam. Misi kita jelas iaitu buat baik dan hindar kejahatan. Justeru itu, seperti mana yang dinyatakan dalam ayat di atas barangsiapa yang melaksanakan kebaikan walaupun sekecil-kecil biji atom nescaya akan dibalas dengan kebaikan iaitu ganjaran pahala dan sebaliknya.

Memang benar kata orang tua-tua kita "Buat Baik Akan Dibalas Baik dan Buat Jahat Akan Dibalas Jahat." Oleh itu, sebagai seorang mukmin yang beriman dengan Allah S.W.T. dan Rasul-Nya maka sudah pasti wajib ke atas kita untuk membuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan untuk menjamin tempat kita di Syurga nanti.

Tuesday, 26 April 2011

Menghargai..

Ya dalam hidup ini marilah kita menghargai semua orang yang menyanyangi kita seadanya. Hal ini ditujukan kepada mereka yang mempunyai keluarga spt ibu bapa,abang,kakak,pasangan suami isteri,pasanagan kekasih,sahabat handai dan sebagainya..So Jangan kita terlambat untuk menghargai orang yang menyanyangi kita setelah mereka tiada di muka bumi ini. Ingatan ini juga ditujukan kepada aku yang selalu alpa dan kadangkala lalai..biasalah manusiakan..that is normal. Dalam hidup ini kita tidak boleh lari dari bergaduh,kelahi,salah faham dan sebagainya..hal-hal begini yang menyebabkan tidak ada sifat sayang dan menghargai orang..jadi anggaplah perkara sebegini sebagai warna-warni kehidupan kita. Buang yang keruh ambillah yang jernih orang katakan. So aku mengharapkan aku tergolong dalam orang yang sayang dan menghargai apa yang aku ada like family,kekasih,sahabat dan sebagainya..anda juga begitu ya..wassalam.

Sunday, 24 April 2011

Motivasi 1.

Berlari dan terus berlari untuk mengengam apa yang kamu ingini,apa yang dicitakan selama ini..jangan kamu berhenti selagi belum mengengamnya.Walaupun lelah,walaupun perih,walaupun pedih..teruskan !!


Ingatlah apa yang kamu ingini itu adalah kejayaan kamu yang sebenarnya.

Teman Di waktu Keje,Teman di waktu rehat, Teman di waktu tidur...

haaahh cube teka ape yh jadi peneman tu..?

Sekarang ni aku suka bermain2 dengan blackberry..macam2 ada,facebook ada,muka buku ada,internet ada..ym ada..dan segala macamlakan..heheheee..
Bukan ape..just untuk menghilangkan kebosanan dikala kesepianje..

Blacberry digunakan untuk pelbagai cthnya untuk kerja,belajar,business dan sebagainya..maka aku ambil peluang ni untuk manfaatkan blackberry aku ni untuk menjadi peneman diri aku ...huhu

Thats all for this time..( ini hanya coretan saja2 just untuk membuang masa..heheheee )

Friday, 22 April 2011

Bila hujan??

Bila hujan maka teringatlah aku pada kenangan-kenangan lalu. Terutamanya dengan si dia yang aku cintai. Banyak kenangan aku dengan dia time2 hujan. Misalnya time aku belajar kat ukm dulu bile habis kelas pergi kedai nak beli barang time2 balik tu hujan pulak..so apa lagi basahla badan.
hahaahaaa...memang kenangan habislah..memang tak dapat aku lupakan apa2 kenangan manis dalam hidup aku.

Kadang2 motor rosak time hujanpun ada..tepi jalan pulak tu..so apa lagi semua orang tengokla...bikin malu sajekan..huhu

Time hujan jugak ingat kenangan masa budak2 dulu berbogel main dalam hujan..lari sini,lari sana..best pulak rasanya bile ingat balik..
mak aku apa lagi marahlakan..main kejar2 pulak dengan mak aku..sampai basah..hahahaaa..

tapi kadang2 bila hujan bagus jugak sebab adakalanya kita marah,panaskan..bila hujan tu ok la sikit sebab sejuk..dapat tenangkan minda..huhu

So itu sajalah k..bai2..

Thursday, 21 April 2011

Adik- beradik aku..

Adik-beradik aku..

Aku sayang mereka kerana mereka banyak membantu aku dalam hidup ni.
Segala nasihat berguna,bimbingan sedikit sebanyak datang dari mereka. Ia secara tidak langsung dapat mendewasakan aku..segala macam pengalaman dah mereka lalui..pengalaman tulah mereka boleh mengajar aku erti hidup sebenar..syukur kerana dapat berada dalam keluarga ini.

Apa2 terjadi samada bergaduh,salah faham, kelahi atau sebagainya sememangnya ada namun air dicincang takkan putus..what ever happened,i always with them..I love them forever.. :-)

Kerja oh kerja..

Kerja oh kerja..

Sekarang ni aku bekerja dan dulu lepas habis belajar aku menggangur dengan begitu lama sekali. Maknanya tanam anggur di rumahlah..

Apapun aku tak pernah kecewa dengan apa yang terjadi..mean, belajar then menggangur..pastu kerja..baik aku fokus ke hadapan untuk capai cita-cita aku yang belum terlaksana. maknanya kena konsisten. Jangan berhenti tengah jalan, dont give up !!!

kerja dan teruskan bekerja..ble dah kerja ni kekadang aku slow sikit buat kerja mungkin otak dah jem sikit sebab lama duduk kat umah..jadi aku kena stanbykan otak aku untuk apa-apa situasi dalam kerja.

So hiup mau kena ada perubahan..dan inilah perubahannya..

Wednesday, 20 April 2011

Hikmah

Hikmah kehidupan..

Banyak yang berlaku dalam kehidupan ini berlandaskan hikmah.
Dalam hidup aku banyak perkara yang berlaku yang sebaliknya ada hikmah. samada belajar,kerja,cinta dan sebagainya. Aku bukan nak cerita tentang benda lain tetapi aku nak binkiskan sedikit berkaitan dengan kerj. ermm..ok

misalnya aku masih belum mendapat kerja yang tetap lagi. Sebaliknya mungkin mempunyai hikmah supaya Tuhan suruh aku bersabar dan mungkin juga di suatu masa aku akan mendapat pekerjaan yang baik( sape tahu ?)
Namun sekarangpun aku telah bekerja,alhamdulilah. Namun aku masih belum puas untuk mendapatkan apa yang dicita-citakan oleh aku iaitu kerja tetap (kerja kerajaan). Banyak lagi yang aku nak coretkan namun masa tak banyak. By the way, Hikmah banyak mengajar aku supaya bersabar. Aku tahu one day masa aku akan tiba walaupun memakan masa yang lama. IsyaALLAH.

Lawak

Aku memang seorang yang suka melawak..
orang cakapaku pandai melawak..buat jokelakan..
jadi ramai yang suka berkawan dengan aku..huhu
Seriusly walau aku tak gembira tapi aku cuba buat orang lain jadi gembira terutamanya buat orang yang aku sayang.
Anyway hidup ini sementara saja jadi kita perlu ceria dan jangan hidup untuk fokus( tula sebab jadi stress) sahaja tanpa bergembira..hehehee

orait chauu dulu..adioss !!

Harapan..

Harapan?

Aku sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam hidup ini.
Tahun 2011 ini banyak yang aku nak capai..
tapi aku aku tak boleh bgtau kerana ia adalah rahsia..hehee
Namun aku akan buat tahun 2011 ini tahun yang membahagiakan diri aku..
Kalian tengok dan lihalah nanti yaa..
Harapan lain aku nak hidup ni selalu happy..dapat buat orang lain bahagia..macam family(mek,wan,abang dan kakak tersayang) kekasih yang aku cintai selalu..(love u sayang)..dan sahabat.
Akhir sekali moga hidup kita dberkati oleh Allah swt..AMIN.

Kematangan diri...

Matang...?

Ya lumrahlah bagi lelaki bila nak matang ia akan mengambil masa yang lama berbandaing perempuan. Seorang perempuan akan matang cepat berbanding lelaki. Apapun orang cakap pasal kematangan, aku mesti belajar untuk matang kerana ramai di antara kalian mengatakan aku kurang matang(anak bongsula katakan). Tapi itu tidak menjadi isu utama. Kematangan perlu mengambil masa yang lama. Ia tidak akan terjadi dengan sekejap sahaja. Pembelajaran dan pengalaman dalam hidup itu adalah kematangan yang sebenar. maka aku perlu belajar dan terus belajar. Aku mesti menjadi seperti abang dan kakakku yang jelas mereka telah matang mengharungi hidup ini. emm..suka dengan perkataan berdiri di atas kaki sendiri(berdikari). Aku mesti belajar dari perkataan itu dulu. Abang aku pernah cakap..dalam hidup jangan cepat putus asa,kuatkan semangat,belajar untuk jadi seorang yang dewasa...ya itulah yang akan pertahankan sekarang untuk jadi benar2 seorang dewasa..emm ni saja yang aku boleh coretkan buat masa ini. Banyak lagi yang perlu dikongsikan, namun masa tak mengizinkannya.
Akhirnya Aku harap akan jadi lelaki yang kuat,matang 100%, boleh buat keputusan dengan tepat dalam hidup, dapat membimbing masyarakat ke jalan yang benar dan sentiasa berfikir ke arah yang terbaik.

Agama ..

Dalam hidup tiada yang paling utama melainkan agama..
nasihatku kepada kalian agar sentiasa patuh pada arahan agama kita..
ISLAM ITU INDAH..abadikan di dalam hati..semestinya akan tenang dunia dan akhirat..AMIN..

Cinta...

sesungguhnya cinta dengan aku tidak boleh dipisahkan..
cinta dengan Tuhan..
cinta dengan ibu dan bapa..
cinta pada adik-beradik(abang dan kakak)..
cinta pada kekasih hati..
cinta pada sahabat handai..
cinta kepada sesiapa sahaja yang mencintai diri kita..
cinta tak bermakna dengan tanpa adanya kebahagiaan..
itula yang aku harapkan dalam hidup ini..

Kisah hidup ku...


Kisah hidupku sememanngnya amat panjang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...